Thursday 15 November 2012

Menyahut Cabaran 'Penang Marathon'

 

Maraton terakhir jambatan lama Pulau Pinang


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MARATON Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Allianz (APBIM) mencipta sejarah tahun ini dengan menjadi tuan rumah buat kali terakhir di jambatan sedia ada sebelum beralih ke Jambatan Pulau Pinang baru yang dibuka secara rasmi pada 2013.
“Saya menggalakkan orang ramai turut serta dalam pengalaman bersejarah ini bagi peluang terakhir berlari di jambatan Pulau Pinang. Bagi mereka yang belum mendaftar, masih ada masa hingga 15 Oktober bagi kategori Fun Run,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Jens Reisch, .
Sebagai penaja tahun kedua berturut-turut, Allianz berharap menyediakan platform positif untuk semua orang menyertai acara ini kerana ia menggalakkan gaya hidup sihat dan seimbang di kalangan rakyat Malaysia.
Setakat ini, seramai 25,000 sudah mendaftar untuk Maraton Penuh, Separuh Maraton dan kategori 10K. Mereka boleh menyertai klinik larian dan forum bagi mendapatkan tunjuk ajar dam menjadikan pengalaman mereka sesuatu yang menyenangkan.
Hanya tinggal dua Klinik Larian di Polo Ground, Ipoh Perak, pada 7 Oktober ini, dari jam 7.30 hingga 10.30 pagi dan yang terakhir di Taman Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada 14 Oktober, juga pada masa sama. Peserta juga boleh menghadiri Forum Perubatan di Hotel G, Pulau Pinang pada 16 Oktober dari jam 2.30 hingga 5 petang untuk mendapatkan tunjuk ajar bagi persediaan mengurangkan kecederaan menyertai maraton.
APBIM dijadual berlangsung pada 18 November. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Larian Ceria, sila layari http://www.penangmarathon.gov.my atau hubungi 016-411 0000 untuk pertanyaan.



Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29

Friday 2 November 2012

  BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATHON 20 OKT 2012











                                       My first 21km caya lah ...Mat Amin dan buah hatinyer...
                                        Kalau bawak buah hati ....tugas utama amik gambar untuk kawan2. Tolong2...                                      
                                        kata Furis ..aku nak bagi gambar kat Mak Jan_????

Gambar2 terbaru akan di upload dalam masa terdekat . 
NIKE WE RUN KL JLN AMPANG KE PADANG MERBOK 13 OKT 2012































Banyak ragam dan karenah orang masa Nike Run ni antara tak rasa macam lari yang lain2 sb muka2 runner nampak 'fresh' sikit , aku rasa macam terasing dan tua. hahahaha... so layannnn gambar yang sempat di ambil